Bismillahirrahmanirrahim...
Blog ni baru 1st time ummi nak update...dah lama sgt blog ni diam membisu maklumlah ummi ni kadang2 sibuk menggalas tanggungjawab sbg seorang ibu yg bekerjaya,isteri,anak dan juga seorang pelajar...
Ok! jom kita mula...
Melayari kehidupan sehari-harian, berjumpa dengan bermacam ragam orang setiap hari banyak mematangkan fikiran & tingkah laku ummi untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi untuk mencari keredhaanNya. Setiap kali melangkah,setiap kali dapat hirup udara segar (walaupun skrg ni jerebu kot) banyak yang Allah tunjukkan kepada kita sama ada dalam keadaan kita sedar atau pun tidak bahawa, Dia terlalu dekat dgn kita semua sebagai hamba-hambaNya.
Jom sama-sama kita muhasabah diri. Perbaiki segala kelemahan yg ada dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kadang-kadang mmg susah untuk kita terus melakukan perubahan, sebab akan ada banyak halangan yang datang untuk menguji sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita untuk terus melakukan penghijrahan..tekadkan keazaman untuk berubah menjadi muslimin dan muslimat yang benar2 islam..bukan hanya sekadar islam pada nama tetapi tidak pernah belajar untuk mengenali islam itu sendiri.
Wallahualam..
Coretan dari sekeping hati,
UmmuNisa'Khalaf
No comments:
Post a Comment