Monday, August 1, 2011

Bukan Mudah Menjadi Mujahidah

Bukan mudah untuk menjadi seorang mujahidah...halangan dan dugaan yang Allah berikan bermula dengan ahli keluarga sendiri..bukan mudah untuk kita menegur akan kekhilafan seseorang kerana kadang2 ada kekhilafan daripada diri sendiri...SABAR..bukan mudah juga untuk kita membawa 5 huruf ini di dalam diri apabila bisikan syaitan mula menghasut...SYAITAN sememangnya mendambakan pergaduhan yang dicetuskan oleh manusia itu sendiri...manusia pula mudah kalah dengan segala bisikan SYAITAN, sehingga mereka yang mempunyai IMAN di dada sanggup bergaduh sesama sendiri hanya kerana  perkara yang kecil tanpa menghiraukan akan penilaian Allah terhadap hamba-hambaNya....dimanakah sifat keSABARan mereka ini...SABAR yang sentiasa didambakan oleh mereka2 ini setiap kali berdoa,mereka-mereka inilah yang sentiasa meminta supaya ditingkatkan keSABARan dalam  diri...TETAPI!!! apabila Allah menguji mereka dengan perkara yang kecil2 sahaja,SABAR mereka terus hilang...

ALLAHUAKBAR! tidakkah mereka merasa malu dengan Allah..manusia hanya pandai meminta,tetapi apabila diberi ujian sebelum diberi merasai nikmat keSABARan,mereka mudah melatah...adakah mereka sedar, Allah menguji hamba2Nya kerana sayangnya Allah kepada mereka..Wahai manusia sekalian, janganlah kita hanya nampak SABAR itu apabila ditimpa musibah sahaja...untuk perkara2 yang kecil pun jika SABAR itu tidak digilap maka lemahlah IMAN..jika tinggi sifat keSABARan itu maka tinggilah IMAN...ingatlah SABAR dan IMAN perlu berjalan seiring kerana SABAR itu separuh daripada IMAN..jika hilang sifat SABAR kita maka hilanglah separuh keimanan yang Allah kurniakan kepada kita..Wallahualam..

Ya Allah bukan mudah untukku menjadi Mujahidah...Kau berikanlah Aku kekuatan dalam memimpin khalifah-khalifah kecilku yang Kau kurniakan kepadaku dan juga Kau tingkatkanlah sifat kesabaran dalam diriku dan berikanlah aku petunjuk  supaya aku dapat menjadi seorang isteri yang solehah dan juga menjadi bidadari untuk suamiku...Sesungguhnya segala apa yang Kau berikan kepadaku di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata..dan Aku bersyukur ya Allah di atas kurniaanmu..jika ujian dan dugaan ini yang Kau berikan kepadaku untuk menjadikan aku lebih bertambah keimanan dan dekat denganMu aku Redha...janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan kami petunjuk...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi...Lindungilah kami dalam Redha dan RahmatMu..Amin
WAHAI PARA MUJAHIDAH SEKALIAN,HAYATILAH BAIT-BAIT KATA INI:

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

 Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

 Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.

Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!
 FISABILILLAH

Luahan dari Sekeping Hati 
UmmuNisa'Khalaf

No comments:

Post a Comment